Sunday, December 27, 2009

Tabahkan hatinya...

Tiba-tiba telefon ku berbumyi menandakan ada mesej baru masuk. Siapa lah yang rajin benar menghantar mesej jam sebelas malam. Namun ku buka juga mesej tersebut, takut-takut ada perkara penting hendak dikhabarkan. Rupa-rupanya mesej dihantar oleh teman lama. Mungkin mesej bertanyakan khabar ku. Namun mesej yang dihantar seolah menghentikan seketika degupan jantung ku.

Seorang teman kemalangan dan paling mneyedihkan anak sulungnya yang berusia 5 tahun meninggal dalam kemalangan tersebut. Cerita yang dikhabarkan seperti begini - 'kereta mereka terbabas dan si anak terhumban keluar. Kemalangan berlaku di kawasan yang jarang dilalui kereta. Si anak sempat berbicara kepada ibunya, teringin hendak minum dan bersolat di masjidil haram'. Ya Allah.... bagaimana agaknya teman ku menghadapi saat2 terakhir di sisi anak yang dikandungkan, dibesarkan sehingga berusia 5 tahun. Bantuan lewat menyebabkan si anak tidak dapat diselamatkan.

Teman yang mengirimkan mesej memberitahu ku, si anak memang seorang yang bijak. Ya Allah, semoga engkau tempatkan si anak di kalangan orang2 yang beriman. Buat teman ku, tabahkanlah hatimu dan yakinlah bahawa anakmu adalah yang terpilih menjadi penghuni syurga dan redhakanlah anakmu bahawa Allah menjemputnya lebih awal kerana Allah terlalu menyayanginya berbanding kasih sayang kita.

Al-Fatihah.......

Tuesday, June 2, 2009

Suka dukanya....

Assalamualaikum, sudah lama tidak mengaktifkan diri untuk menulis dalam blog ini. Kini saya kembali untuk berkongsi kisah suka duka putera ku yang amat dikasihi lagi disayangi. Sedar tak sedar, Asyraaf kini berusia 2 tahun 3 bulan. Seperti bermimpi melihat dia kini membesar. Dari sekecil bayi kini Asyraaf membesar menjadi kanak-kanak yang bijak dan petah berkata-kata.

"Umi, what is that?". "Umi, Asyraaf mau nenen". "Itu Umi, itu uwan, itu nenek, itu uncle Jol, itu untie Fairuz, itu adik faiz......". He knew everybody. "Black color, red color, green color". He can point de rite color. Alhamdulillah, saya boleh berbangga melihat kepetahannya berkata2 dan belajar sesuatu perkataan yang baru dengan cepat jika dibandingkan kanak-kanak seusia dengannya. Sesungguhnya saya bersyukur dengan kurniaan Allah memberikan anak yang bijak seperti Asyraaf. Semoga dia akan membesar manjadi anak yang bijak dan soleh. Setiap ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk zuriat mereka.

Namun, Asyraaf benar2 diduga dengan pelbagai musibah. Mungkin jua kesilapan dan kecuaian saya sebagai ibu membuatkan dia yang menderita. Entah di mana silapnya, selama ini Asyraaf tidak pernah menyentuh sesuatu yang memang dia tahu panas kerana sedari kecil saya sudah mengajarnya dan memberitahu bahawa sesuatu yang panas itu 'dangerous'. Jika saya meletakkan air panas dalam gelas dan Asyraaf menyentuh gelas itu dengan jarinya, automatik dia akan memberitahu itu 'dangerous' atau pun 'aduh panas'. Tapi pada 20hb Oktober 2009, Asyraaf telah ditimpa malang kerana melecur di bahagian dada 8-10% akibat tumpahan air panas. 'Maafkan Umi sayang, umi gagal melindungi Asyraaf daripada bahaya'. Airmata saya tidak berhenti mengalir melihat dan mendengar dia menjerit dan menangis kesakitan ketika kesan lecur di dadanya dicuci. Ya Allah, kau tabahkan dan kuatkan lah anak ku menghadapi kesakitannya. Namun Asyraaf memang seorang anak yang tabah, baik dan mengikut cakap. Setiap kali lukanya dicuci, dia hanya menangis tetapi merelakan lukanya dicuci. Dia akan menggenggam tangan saya sementara membiarkan Uwannya mencuci lukanya. Kesian anak umi ni.

Kini, Asyraaf beransur-ansur sembuh. Mungkin akan ada bekas di dadanya. Namun saya tetap bersyukur kecederaannya tidak lah serius. Walaubagaimanapun, saya benar2 menyesal kerana tidak mengawasinya dengan lebih tegas mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku. Jika dapat saya putarkan masa..........


Sunday, February 1, 2009

Hei.. look! Asyraaf big boy already....


Masa berlalu begitu cepat. When i looked at him.. seperti bermimpi melihat dia kini telah membesar. Masuk februari, Asyraaf almost 19 months old.

If i'm not mistaken... last week selepas saya ambil dia from taska, suddenly he sang birthday song. I don't know where n when he belajar lagu tu. So cute.. I cannot catch him on video but i dapat tangkap video dia nyanyi lagu dusun. I don't know tajuk lagu tu but according his babysitter in taska, he listen that song since he 3 months old. 1st time dengar dia nyanyi that song sampai chorus.. n he stop bila dia perasan kena tangkap video. This video pun sikit je dapat tangkap.

Dalam usia kini juga Asyraaf semakin banyak belajar perkataan dan perkara baru... Button, shoes, mouth, bird, ears, cd, tv etc... Now he can say ABC till Z and hampir kesemua huruf jawi. Huruf jawi yang he like to say is kaf, mim, nun, wau and hamzah. Before eat n before sleep, Asyraaf know to ready berdoa. When i say "read the doa", automatically he angkat his hands untuk berdoa and i will read the doa then he will say 'amin'.