Sunday, December 27, 2009

Tabahkan hatinya...

Tiba-tiba telefon ku berbumyi menandakan ada mesej baru masuk. Siapa lah yang rajin benar menghantar mesej jam sebelas malam. Namun ku buka juga mesej tersebut, takut-takut ada perkara penting hendak dikhabarkan. Rupa-rupanya mesej dihantar oleh teman lama. Mungkin mesej bertanyakan khabar ku. Namun mesej yang dihantar seolah menghentikan seketika degupan jantung ku.

Seorang teman kemalangan dan paling mneyedihkan anak sulungnya yang berusia 5 tahun meninggal dalam kemalangan tersebut. Cerita yang dikhabarkan seperti begini - 'kereta mereka terbabas dan si anak terhumban keluar. Kemalangan berlaku di kawasan yang jarang dilalui kereta. Si anak sempat berbicara kepada ibunya, teringin hendak minum dan bersolat di masjidil haram'. Ya Allah.... bagaimana agaknya teman ku menghadapi saat2 terakhir di sisi anak yang dikandungkan, dibesarkan sehingga berusia 5 tahun. Bantuan lewat menyebabkan si anak tidak dapat diselamatkan.

Teman yang mengirimkan mesej memberitahu ku, si anak memang seorang yang bijak. Ya Allah, semoga engkau tempatkan si anak di kalangan orang2 yang beriman. Buat teman ku, tabahkanlah hatimu dan yakinlah bahawa anakmu adalah yang terpilih menjadi penghuni syurga dan redhakanlah anakmu bahawa Allah menjemputnya lebih awal kerana Allah terlalu menyayanginya berbanding kasih sayang kita.

Al-Fatihah.......

No comments:

Post a Comment