Tuesday, February 1, 2011

Bangun pagi, gosok gigi.... pergi sekolah....

(Hasil kerja pertama Asyraaf)

(Wajah pada hari pertama ke sekolah)

06th Januari 2011: seawal jam 6 am, my lil prince aku gerakkan untuk bangun kerana buat pertama kalinya dia akan melangkahkan kakinya lengkap berseragam untuk kesekolah. Rengekan demi rengekan keluar dari mulutnya sebaik saja aku gerakkan tubuh untuk mengejutkannya dari tidur. "Asyraaf ngantuk bah" "Asyraaf mau tidur bah.." dan mcm2 lagi ayat2 yang keluar sambil diiringi tangisan. Namun, rasa belas terpaksa dibuang jauh2 demi memastikan dia bangun untuk bersiap ke sekolah. X berjaya, aku angkat saja dia ke bilik mandi, hehehe.. tangisan nya bergema di pagi hari..
Setelah lengkap berseragam sekolah, kami menuju ke destinasi.. iaitu sekolah barunya. Bermula dengan senyuman gembira. Melihat saja kawasan sekolah, terus tangisannya mula kedengaran... "Asyraaf x mau pg sekolah... Asyraaf mau tempat teacher Emma..." hehehe... namun aku buat x tau je....
Sampai depan sekolah, aku paksa je dia masuk sekolah. Cikgu2 yang ada masa 2 cuba untuk memujuk namun x berjaya... Last2, aku suruh je sorang cikgu 2 dukung dan aku blah trus... tangisannya memang terlalu kuat... aduh.. Asyraaf.... sehingga ke hujung jalan, aku masih dengar tangisannya.... ish.. ish.. ish...

Itu kisah sebulan lalu, kini, untuk bangun pagi xada masalah lagi. Sekali kejut je, dah bangun. Semoga Asyraaf menjadi anak yang bijak, berjaya dan terhormat.. Insya-Allah, Amin.

No comments:

Post a Comment