Tuesday, February 1, 2011

Bangun pagi, gosok gigi.... pergi sekolah....

(Hasil kerja pertama Asyraaf)

(Wajah pada hari pertama ke sekolah)

06th Januari 2011: seawal jam 6 am, my lil prince aku gerakkan untuk bangun kerana buat pertama kalinya dia akan melangkahkan kakinya lengkap berseragam untuk kesekolah. Rengekan demi rengekan keluar dari mulutnya sebaik saja aku gerakkan tubuh untuk mengejutkannya dari tidur. "Asyraaf ngantuk bah" "Asyraaf mau tidur bah.." dan mcm2 lagi ayat2 yang keluar sambil diiringi tangisan. Namun, rasa belas terpaksa dibuang jauh2 demi memastikan dia bangun untuk bersiap ke sekolah. X berjaya, aku angkat saja dia ke bilik mandi, hehehe.. tangisan nya bergema di pagi hari..
Setelah lengkap berseragam sekolah, kami menuju ke destinasi.. iaitu sekolah barunya. Bermula dengan senyuman gembira. Melihat saja kawasan sekolah, terus tangisannya mula kedengaran... "Asyraaf x mau pg sekolah... Asyraaf mau tempat teacher Emma..." hehehe... namun aku buat x tau je....
Sampai depan sekolah, aku paksa je dia masuk sekolah. Cikgu2 yang ada masa 2 cuba untuk memujuk namun x berjaya... Last2, aku suruh je sorang cikgu 2 dukung dan aku blah trus... tangisannya memang terlalu kuat... aduh.. Asyraaf.... sehingga ke hujung jalan, aku masih dengar tangisannya.... ish.. ish.. ish...

Itu kisah sebulan lalu, kini, untuk bangun pagi xada masalah lagi. Sekali kejut je, dah bangun. Semoga Asyraaf menjadi anak yang bijak, berjaya dan terhormat.. Insya-Allah, Amin.

Saturday, January 2, 2010

I am 3 years old....


Lamanya tidak menulis di blog ini. Seolah2 terlupa akan kewujudannya kerana sibuknya aku membesarkan putera kesayangan ku, Asyraaf, yang kini sudah pun berusia genap 3 tahun. Kepetahan lisannya membuatkan aku tak cukup mulut melayan soalan2nya. Namun aku bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan dan kecerdikan kepadanya.

Jika ku ingat2kan kembali cabaran dan dugaan dalam 3 tahun lalu menjaga dan membesarkannya membuatkan aku rasa bersyukur dan berbaloi dengan segala pengorbanan masa dan wang ringgit. Kalau dulu, seawal usianya mencecah 1 tahun, Asyraaf sangat sinonim dengan demam dan sakit. Setiap bulan mesti akan jatuh sakit. Sudah puas kami suami isteri mencari dan mencuba pelbagai ubat dan supplemen yang boleh meningkatkan imunisasinya. Daripada ubata2an hospital hinggalah farmasi2 luar. Segalanya seperti tidak mendatangkan apa2 kesan. Demam dan sakitnya tetap datang. Sembuh 1-2 minggu, masuk minggu ke-3 pasti akan demam lagi. Kalau demam sehari dua tidaklah risau sangat tapi kalau dah nak dekat seminggu demam susah nak turun, berlinang jugak la airmata melihatnya terbaring sahaja di atas katil.

Sehinggalah suami ku menemui sejenis supplemen yang telah merubah tahap kesihatan Asyraaf. Kalau hendak diikutkan, suami ku adalah antara orang yang tidak mempercayai lansung supplemen2 yang dijual oleh kebanyakkan org2 daripada perniagaan mlm. (Ni macam nak promosi la plak... ). Tapi setelah melihat sendiri hasilnya terhadap putera kami, kini Asyraaf sihat dan aktif. Kalau demam pun setakat 1 hari sahaja. Perubahan yang paling ketara ialah kalau pun rakan2nya di taska ada yang demam dan sakit seperti batuk dan selsema, Asyraaf tidak mudah dijangkiti. Syukur alhamdulillah, berbaloi wang ringgit yang kami keluarkan untuk kesihatannya.

Itu kisah ketika usianya masih 1 tahun. Masuk usia 2 tahun hingga sekarang, 3 tahun, Asyraaf sudah pandai meminati satu jenis permainan. Pada kebiasaan kanak-kanak lelaki seusianya ramai yang meminati permainan seperti ultraman, power ranger, kereta2 lumba, bola dan sebagainya. Tapi Asyraaf menunjukkan minat yang sangat fanatik terhadap karekter THOMAS AND FRIENDS...

Entah masa bila minatnya ini bermula. Seingat ku, dia sering menonton rancangan di astro ceria yang menayangkan siri2 seperti Postman Pat, Roary The Racing Car, Bob The Builder, Thomas and Friends (TnF), Tom Tom Bak, Jim Jam and Sunny dan sebagainya. Namun Thomas and Friends yang paling melekat di hatinya. Sehingga kini Asyraaf pantang ternampak apa saja karekter yang berkaitan Thomas. Semua hendak dibeli. Entah berapa set sudah TnF yang dimilikinya. Dari DVD hinggalah ke berus gigi, semuanya TnF. Namun melihat keasyikannya dengan koleksi2 TnFnya secara tidak langsung telah menyemai minat yang sama ke dalam diri ku. Jika aku berjalan kemana-mana, ternampak apa saja yang berkaitan TnF automatik aku teringatkan Asyraaf dan akan membeli untuknya. Sampaikan aku sendiri telah hafal watak2 dalam TnF serta lagu2nya. Hmmm.... jika difikir2kan semula, rasa lucu juga kerana kadang2 mulut ku akan mengalunkan lagu2 TnF hehehehe......

Sunday, December 27, 2009

Tabahkan hatinya...

Tiba-tiba telefon ku berbumyi menandakan ada mesej baru masuk. Siapa lah yang rajin benar menghantar mesej jam sebelas malam. Namun ku buka juga mesej tersebut, takut-takut ada perkara penting hendak dikhabarkan. Rupa-rupanya mesej dihantar oleh teman lama. Mungkin mesej bertanyakan khabar ku. Namun mesej yang dihantar seolah menghentikan seketika degupan jantung ku.

Seorang teman kemalangan dan paling mneyedihkan anak sulungnya yang berusia 5 tahun meninggal dalam kemalangan tersebut. Cerita yang dikhabarkan seperti begini - 'kereta mereka terbabas dan si anak terhumban keluar. Kemalangan berlaku di kawasan yang jarang dilalui kereta. Si anak sempat berbicara kepada ibunya, teringin hendak minum dan bersolat di masjidil haram'. Ya Allah.... bagaimana agaknya teman ku menghadapi saat2 terakhir di sisi anak yang dikandungkan, dibesarkan sehingga berusia 5 tahun. Bantuan lewat menyebabkan si anak tidak dapat diselamatkan.

Teman yang mengirimkan mesej memberitahu ku, si anak memang seorang yang bijak. Ya Allah, semoga engkau tempatkan si anak di kalangan orang2 yang beriman. Buat teman ku, tabahkanlah hatimu dan yakinlah bahawa anakmu adalah yang terpilih menjadi penghuni syurga dan redhakanlah anakmu bahawa Allah menjemputnya lebih awal kerana Allah terlalu menyayanginya berbanding kasih sayang kita.

Al-Fatihah.......

Tuesday, June 2, 2009

Suka dukanya....

Assalamualaikum, sudah lama tidak mengaktifkan diri untuk menulis dalam blog ini. Kini saya kembali untuk berkongsi kisah suka duka putera ku yang amat dikasihi lagi disayangi. Sedar tak sedar, Asyraaf kini berusia 2 tahun 3 bulan. Seperti bermimpi melihat dia kini membesar. Dari sekecil bayi kini Asyraaf membesar menjadi kanak-kanak yang bijak dan petah berkata-kata.

"Umi, what is that?". "Umi, Asyraaf mau nenen". "Itu Umi, itu uwan, itu nenek, itu uncle Jol, itu untie Fairuz, itu adik faiz......". He knew everybody. "Black color, red color, green color". He can point de rite color. Alhamdulillah, saya boleh berbangga melihat kepetahannya berkata2 dan belajar sesuatu perkataan yang baru dengan cepat jika dibandingkan kanak-kanak seusia dengannya. Sesungguhnya saya bersyukur dengan kurniaan Allah memberikan anak yang bijak seperti Asyraaf. Semoga dia akan membesar manjadi anak yang bijak dan soleh. Setiap ibu bapa sentiasa menginginkan yang terbaik untuk zuriat mereka.

Namun, Asyraaf benar2 diduga dengan pelbagai musibah. Mungkin jua kesilapan dan kecuaian saya sebagai ibu membuatkan dia yang menderita. Entah di mana silapnya, selama ini Asyraaf tidak pernah menyentuh sesuatu yang memang dia tahu panas kerana sedari kecil saya sudah mengajarnya dan memberitahu bahawa sesuatu yang panas itu 'dangerous'. Jika saya meletakkan air panas dalam gelas dan Asyraaf menyentuh gelas itu dengan jarinya, automatik dia akan memberitahu itu 'dangerous' atau pun 'aduh panas'. Tapi pada 20hb Oktober 2009, Asyraaf telah ditimpa malang kerana melecur di bahagian dada 8-10% akibat tumpahan air panas. 'Maafkan Umi sayang, umi gagal melindungi Asyraaf daripada bahaya'. Airmata saya tidak berhenti mengalir melihat dan mendengar dia menjerit dan menangis kesakitan ketika kesan lecur di dadanya dicuci. Ya Allah, kau tabahkan dan kuatkan lah anak ku menghadapi kesakitannya. Namun Asyraaf memang seorang anak yang tabah, baik dan mengikut cakap. Setiap kali lukanya dicuci, dia hanya menangis tetapi merelakan lukanya dicuci. Dia akan menggenggam tangan saya sementara membiarkan Uwannya mencuci lukanya. Kesian anak umi ni.

Kini, Asyraaf beransur-ansur sembuh. Mungkin akan ada bekas di dadanya. Namun saya tetap bersyukur kecederaannya tidak lah serius. Walaubagaimanapun, saya benar2 menyesal kerana tidak mengawasinya dengan lebih tegas mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku. Jika dapat saya putarkan masa..........


Sunday, February 1, 2009

Hei.. look! Asyraaf big boy already....


Masa berlalu begitu cepat. When i looked at him.. seperti bermimpi melihat dia kini telah membesar. Masuk februari, Asyraaf almost 19 months old.

If i'm not mistaken... last week selepas saya ambil dia from taska, suddenly he sang birthday song. I don't know where n when he belajar lagu tu. So cute.. I cannot catch him on video but i dapat tangkap video dia nyanyi lagu dusun. I don't know tajuk lagu tu but according his babysitter in taska, he listen that song since he 3 months old. 1st time dengar dia nyanyi that song sampai chorus.. n he stop bila dia perasan kena tangkap video. This video pun sikit je dapat tangkap.

Dalam usia kini juga Asyraaf semakin banyak belajar perkataan dan perkara baru... Button, shoes, mouth, bird, ears, cd, tv etc... Now he can say ABC till Z and hampir kesemua huruf jawi. Huruf jawi yang he like to say is kaf, mim, nun, wau and hamzah. Before eat n before sleep, Asyraaf know to ready berdoa. When i say "read the doa", automatically he angkat his hands untuk berdoa and i will read the doa then he will say 'amin'.


Tuesday, December 30, 2008

Mum's tears


Bertugas di hospital kanak-kanak memerlukan hati yang kuat untuk bersedia melihat penderitaan. Apa lah kekuatan seorang kanak-kanak untuk menahan dan melawan penyakit yang di hadapi. Senyuman dan gelak tawa belum dapat menyembunyikan kesakitan yang harus diharungi.


I had witnessed one incident that deeply touched my heart. One cute little girl that about 2 years old, telah disahkan 'brain death' yang hanya bergantung pada machine. Rasanya 2 or 3 times saya telah melakukan beberapa x-ray keatasnya. Tidak sangka kehidupan kanak-kanak kecil itu sebegitu singkat. Kebetulan saya melakukan x-ray keatas seorang kanak-kanak lain yang bersebelahan katil dengan that cute girl. I overheard that her parents agreed to donate her organ. All staff nurses and doctors prepared that girl untuk dibawa ke operation room. Apa yang membuatkan airmata saya tidak dapat ditahan ialah when i saw her mother kissed her cheek for the last time. Try to imagine how's her mother felt that time, she knew that after her cute girl come out from the operation room she'll gone forever. No more smile and laughter from her daughter.

While i am writing this story, im crying when i teringat detik si ibu mencium pipi si kecil untuk kali terakhir. Hati parents mana yang tidak sedih apabila tahu kehidupan anak yang dijaga dari lahir terpaksa ditamatkan. Rasa terpaksa demi melihat anak yang disayangi tidak lagi menderita.

I hope for the other parents.... please love our kids because we all dont know what will happen to them or us in the future. Our kids are very special gift that we'll never find anywhere.

Wednesday, December 24, 2008

He can say a words!

Since he 3 months old, saya dah biasakan dia menonton VCD yang menyebut beberapa benda. Dan sejak umurnya genap 12 bulan, he can count a number from 1 to ten and satu hingga sepuluh. But the funny thing is if he count the number in malay, after tiga he will say enam. Even i or his father or our parents teach him to say empat lima, he always say enam until now. Sometimes if he is in good mood he will count proper la. Sekarang genap 16 months old, he can say......

1. apple
2. banana
3. giraffe
4. bubbles
5. feet
6. nose
7. eyes
8. ball
9. fish
10. cat
11. car
12. tree
13. candy
14. baby
15. momom (eat)
16. nenen (milk)
17. drink or minum
18. bus
19. light
20. mandi
21. uwan (daddy)
22. umi (mummy)
23. book
24. hammer
25. tummy
26. perut

All words above, he learned from the VCD i bought for him titled: Bee Smart Baby Vocabulary Builder. He got complete set of that. Hopefully he will learn some more..... Very proud of him.