Saturday, January 2, 2010

I am 3 years old....


Lamanya tidak menulis di blog ini. Seolah2 terlupa akan kewujudannya kerana sibuknya aku membesarkan putera kesayangan ku, Asyraaf, yang kini sudah pun berusia genap 3 tahun. Kepetahan lisannya membuatkan aku tak cukup mulut melayan soalan2nya. Namun aku bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan dan kecerdikan kepadanya.

Jika ku ingat2kan kembali cabaran dan dugaan dalam 3 tahun lalu menjaga dan membesarkannya membuatkan aku rasa bersyukur dan berbaloi dengan segala pengorbanan masa dan wang ringgit. Kalau dulu, seawal usianya mencecah 1 tahun, Asyraaf sangat sinonim dengan demam dan sakit. Setiap bulan mesti akan jatuh sakit. Sudah puas kami suami isteri mencari dan mencuba pelbagai ubat dan supplemen yang boleh meningkatkan imunisasinya. Daripada ubata2an hospital hinggalah farmasi2 luar. Segalanya seperti tidak mendatangkan apa2 kesan. Demam dan sakitnya tetap datang. Sembuh 1-2 minggu, masuk minggu ke-3 pasti akan demam lagi. Kalau demam sehari dua tidaklah risau sangat tapi kalau dah nak dekat seminggu demam susah nak turun, berlinang jugak la airmata melihatnya terbaring sahaja di atas katil.

Sehinggalah suami ku menemui sejenis supplemen yang telah merubah tahap kesihatan Asyraaf. Kalau hendak diikutkan, suami ku adalah antara orang yang tidak mempercayai lansung supplemen2 yang dijual oleh kebanyakkan org2 daripada perniagaan mlm. (Ni macam nak promosi la plak... ). Tapi setelah melihat sendiri hasilnya terhadap putera kami, kini Asyraaf sihat dan aktif. Kalau demam pun setakat 1 hari sahaja. Perubahan yang paling ketara ialah kalau pun rakan2nya di taska ada yang demam dan sakit seperti batuk dan selsema, Asyraaf tidak mudah dijangkiti. Syukur alhamdulillah, berbaloi wang ringgit yang kami keluarkan untuk kesihatannya.

Itu kisah ketika usianya masih 1 tahun. Masuk usia 2 tahun hingga sekarang, 3 tahun, Asyraaf sudah pandai meminati satu jenis permainan. Pada kebiasaan kanak-kanak lelaki seusianya ramai yang meminati permainan seperti ultraman, power ranger, kereta2 lumba, bola dan sebagainya. Tapi Asyraaf menunjukkan minat yang sangat fanatik terhadap karekter THOMAS AND FRIENDS...

Entah masa bila minatnya ini bermula. Seingat ku, dia sering menonton rancangan di astro ceria yang menayangkan siri2 seperti Postman Pat, Roary The Racing Car, Bob The Builder, Thomas and Friends (TnF), Tom Tom Bak, Jim Jam and Sunny dan sebagainya. Namun Thomas and Friends yang paling melekat di hatinya. Sehingga kini Asyraaf pantang ternampak apa saja karekter yang berkaitan Thomas. Semua hendak dibeli. Entah berapa set sudah TnF yang dimilikinya. Dari DVD hinggalah ke berus gigi, semuanya TnF. Namun melihat keasyikannya dengan koleksi2 TnFnya secara tidak langsung telah menyemai minat yang sama ke dalam diri ku. Jika aku berjalan kemana-mana, ternampak apa saja yang berkaitan TnF automatik aku teringatkan Asyraaf dan akan membeli untuknya. Sampaikan aku sendiri telah hafal watak2 dalam TnF serta lagu2nya. Hmmm.... jika difikir2kan semula, rasa lucu juga kerana kadang2 mulut ku akan mengalunkan lagu2 TnF hehehehe......

2 comments:

  1. akak bagi anak akak makan supplemen apa? saya ada anak buah yg kerap sakit jugak bah, kesian.

    ReplyDelete
  2. P-jah.... penah dengar 4life x? akak bagi anak akan mkn 4life, alhamdulillah sampai sekrg x penah dpt demam yg teruk...

    ReplyDelete